F O L L O W E R S

Saturday, October 15, 2011

Bila saya di rumah :DD

Selamat pagi.

Yeay! I am officially kat rumah. Ye lah. OFFICIALLY. Sebab dah takde dah balik balik Segamat lagi sampai lah 19th of November untuk MUET-writing, reading and listening dan pursuing my 6th semester.

Sem-break buat apa? KERJA? Hoi! Memang tak lah. Hehe :P

Pagi. Kemas bedroom. Breakfast [Emak selau buat sebab emak kena prepare awal untuk adik pergi sekolah]. Mandi. Siram bunga [Aku suka tengok bunga pagi-pagi, ala-ala ceria gitu. Cehwahh]. Basuh baju [Fully done process dari mencuci sehingga ke proses sidaian]

Tengah hari. Kalau tak letih, tolong mak kat dapur. Boleh lah belajar  untuk masak kan suami suatu hari nanti. Kalau asyik makan kedai je nanti, lama-lama suami aku kawin dengan minah yang kat kedai makan tu. MANA BOLEH! Lagipun, aku rasa ini je peluang yang aku ada. Selama aku duduk kampus, jarang bebeno gamatnya masuk dapur. Uishh *.*

Petang. Kadang-kadang tidur juga lah. Tapi lepas Asar mesti bangun. Tak elok orang kata. Tengok tv atau online. Eh, geram lah aku. Sekarang ni banyak sangat cerita Indonesia kat tv. Ishk! Kalau tak boleh tidur, bosan dengan tv, bosan nak online aku akan memporak-perandakan dapur emak dengan membuat cake, kuih, cekodok, jemput-jemput atau apa-apa je lah untuk tea. Yeay! Yang ni best. Makan lagii. Weee~

Malam. Dinner. Tengok tv lagi. Dimulakan dengan berita. Disudahi dengan pelbagai cerita yang disajikan di pelbagai channel di astro tu. Kadang-kadang, ada juga lah tolong adik buat revision untuk her final examination. Kalau rajin, aku akan online lah. Lepas tu tidur. Aku tidur sorang-sorang. Sobsobsob. Hanya bear bear dan bantal yang menemani aku.

Weekend. Biasanya kakak-kakak dan anak-anak saudara balik rumah. Masa ni lah aku suka sebab semua orang ada di rumah. Heeeeee :D

Generally, lebih kurang macam ni lah hari-hari berada di rumah. Keluar? Jalan-jalan? Mesti lah ada. Cuma tak lah hari-hari. Well, I think sedikit-sebanyak dapat meringankan tugas ibu bapa. Ye lah. Sekarang ada peluang, mesti gunakan dengan sebaiknya. Bila suatu hari nanti aku tercampak further study jauh-jauh atau kahwin dan duduk ikut suami, mesti peluang ni dah jarang aku dapat. Kau ada nak bagi? Hehh >.<

Smiling doesn’t always mean I am happy, but in some cases it simply means that Im a strong girl. Dan bila berada di rumah, aku akan cuba sedaya-upaya bagi alasan untuk boleh sentiasa tersenyum walau apa pun yang berlaku. Eh, aku dah lah jarang ada kat rumah. Aku pasti dan yakin, bila aku senyum dan gembira mesti mak dan ayah pun senang hati. Itu tanda terima kasih aku pada mereka. 

No comments:

Post a Comment