F O L L O W E R S

Sunday, October 30, 2011

TV vs Lappy

Hye readers.

Semenjak dua menjak ni, aku rasa aku lebih memihak untuk melekat pada television berbanding laptop kesayangan untuk mengisi masa-masa lapang di rumah tercinta ni. Ecehh~ Mana tak nya. Kalau dah schedule cerita apa pun aku dah hafal. Dua tvshow yang aku tak pernah terlepas setakat ni, MasterCheff Malaysia dan Miss Universe Malaysia. Entah kenapa aku rasa aku gemar tengok. Mau join? Jumlah :D

Tapi, kadang-kadang tu, terpaksa kena skip juga sebab memberi laluan kepada penggemar-penggemar bola sepak termasuklah ayah, abang dan abang-abang ipar aku untuk tengok live match macam harini. Okay, aku mengaku, aku gemar juga, tapi kalau game tu ada favourite team aku lah. Kalau tak, aku cuma nak tahu end result jee. Hehehe :B Ishk! Geram betul. Rasa macam nak angkut tv masuk bilik. Ada ke patut suruh aku tengok tv kat dapur. Kat dapur mana ada channel 104 atau 705! Hmmph!

Ha. Lepas tu, nak main PS entah kat mana keberadaannya. Nak main game, alahai, Kak Lia dan Erin dah conquer dulu. Kurang asam betull. Nak kacau Kak Ema, dia dah tidur pulak. Errhh, orang pantang memang selalu tidur awal ea? Kahkah :p Sama lah tu dengan lagi dua anak saudara tu, dah lena dibuai mimpi sampai mana entah. Emak pula entah sibuk kira-kira apa. Belanjawan untuk hari raya Aidiladha kot. Last last, online lah. Facebook lah. Twitter lah. Skype lah. Youtube lah. Apa-apa lah. Dan sekarang ni, mulalah pasang cita-cita nak update blog sementara download lagu dan Upin Ipin untuk Aidil Irfan tu.

DOWNLOAD COMPLETE. Okay, mahu tidur. Esok pagi-pagi, aunty nak datang. Nunyte!

OFF.

2 comments:

  1. bestnye citer ko arinie..hee~ lepas nie gi beli pizza deliverd kt aq, lgi bertambah best citer ko azira..hee~

    ReplyDelete
  2. Boleh. Lepastu, kau bayar ea. Kahkah :D Baik punya taktik. Bukan main puji, rupa-rupanya terdapatnya udang disebalik batu :P

    ReplyDelete