F O L L O W E R S

Thursday, November 10, 2011

:B

Assalamualikum dan selamat sejahtera.

Lama macam dah lama tak update blog aku rasa. Padan muka kau aku abaikan. Haha. Jahatnya aku. Takpelah. Nasib baik blog ni takde hati dan perasaan. Kalau tak, mesti hati dan perasaan dah bercerai berai cing cing cing =='

Eh, sebelum terlambat, Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam yang menyambutnya tidak kira di mana bumi dipijak langit dijunjung. Errk -.- teruknya struktur ayat Bahasa Melayu aku -____- Haha. Okay, nanti aku kaji balik. Kalau rajin lah >.<

Ye, memang tak dapat dinafikan cuti semester bakal berakhir tidak lama lagi. Sobsobsob. Aku rasa macam belum puas lah duduk rumahku syurgaku. Sebab kadang-kadang macam syok bila dapat buli adik aku, ajar budak dua tahun berus gigi, buat cake sama-sama dengan emak petang-petang dan semua semua semua meskipun vacation terpaksa ditangguhkan. Kalau boleh aku angkat UiTM tu letak sebelah rumah aku, memang dah lama aku  buat. Errkk -.-''

Sebelum terlupa, kepada kawan-kawan seangkatan yang merindu mahupun yang dirindui, sempena result exam yang baru sahaja melabuhkan tirainya, a tonne of congratulation for those who got the result with flying colours. Weee~ Praise be to Allah. Jumpa kalian di semester 6, insyaAllah. Eh, dah semester 6? Yeayyyy :DD

No comments:

Post a Comment