Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata-kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.
Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul-betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)
Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.
Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar-benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.
Apa yang tak selesai.
Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Jua mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.
"Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"
Habis.
Manusia tadi sudah bertaubat dan InsyaAllah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.
Ada terfikir?
*Officially taken from Zahiril Adzim*
Itu kalau kita berdosa sebab kutuk, caci maki, keji dia. Habis, kalau hutang dengan manusia? Hutang duit, boleh bayar. Hutang janji? Macam mana kalau ada yang bawa sampai ke akhirat. Kalau baik hati, halalkan.
Kalau tak?
Macam mana pula kalau minta maaf dengan manusia tetapi maaf yang sia-sia. Minta maaf yang tidak ikhlas. Masih simpan saki-baki kotor dalam hati. Haihh ==!
hais.. susah ni weh..
ReplyDeletehaha!
erh lupe plk.
ReplyDeleteasal ikan ko wane biru?? -.-
ptt tuka jd kaler merah :D heee
Haha. Biarlah!~ Warna kegemaran aku yang kedua kan warna biru :P
ReplyDeleteeh ehh..mcm entry kt belog pelakon juvana tuh..spe ek..ta ingat nme dye..sebijik citer pasal nie..n ayat pon agak sme..haha~ =P
ReplyDeleteok layan kan kau kaler biru kaler kedua fabret kau.. hak3
ReplyDelete@Azahari : Eh memang lah. Kan aku ada tulis situ officially taken from Zahiril Adzim yang macho tu. Haa.. yang ayat lepas tu, baru pure ayat dari aku. Jealous leteww aku tak ambik dari blog kau. Haha ;D
ReplyDelete@Aqimie CEPLOS : Kau sebenarnya nak kenakan aku kan pasal jejaka kacak aku yang berkemeja merah tu kan kan kan? Kurang asam letewwww :P
ReplyDelete